Sunday 3 September 2023

Ladang Kenaf by Arau Tourism



ARAU TOURISM





        Kenaf atau nama saintifiknya dikenali sebagai Hibiscus Cannabinus adalah tumbuhan yang cepat tumbuh. Kenaf boleh dituai 3-4 bulan selepas ditanam kerana seratnya yang berkualiti tinggi. Kenaf berkait rapat dengan kapas, bendi dan roselle.

        Kenaf merupakan tanaman industri yang berpotensi tinggi untuk ditanam dalam iklim tropika. Ia merupakan sumber bahan mentah untuk industri berasaskan gentian dan pengeluaran kertas. 

        Banyak penyelidikan telah dijalankan untuk meneroka kebolehsuaian dan penggunaannya di Malaysia sejak tahun 2000, di bawah penyeliaan organisasi kerajaan dan swasta.

        Kenaf boleh menghasilkan tali, benang, kain guni dan kegunaan komersial. Kegunaan lainnya ialah Kenaf juga digunakan dalam pembuatan produk kertas, bahan binaan dan sebagai makanan haiwan. Kenaf terdiri daripada empat komponen penting yang berguna iaitu biji Kenaf, batang Kenaf, daun Kenaf dan bunga Kenaf.



Pokok kenaf adalah pokok yang mempunyai bunga yang sangat cantik. Ladang Kenaf ini terletak di Chuping, Perlis.



Di sini terdapat 200 hektar tanaman kenaf di bawah LKTN dan pihak swasta. Sebahagian tanaman kenaf ini adalah untuk diproses bagi bekalan benih. Negeri Perlis menyumbang antara 30 - 40 metrik tan benih kenaf bagi keperluan penanaman kenaf seluruh negara.



Ladang Kenaf juga boleh dijadikan tempat untuk beriadah sambil menikmati udara pagi yang segar dan mempunyai pemandangan bukit yang terbentang luas.




Kawasan ini asalnya adalah ladang tebu. Kemudian diganti dengan tembakau dan sekarang dipenuhi tanaman kenaf.



Ladang Kenaf juga boleh dijadikan tempat untuk 'healing' bagi melepaskan tekanan.



    





Ladang Kenaf by Arau Tourism

• ARAU TOURISM •           Kenaf atau nama saintifiknya dikenali sebagai Hibiscus Cannabinus adalah tumbuhan yang cepat tumbuh. Kenaf boleh...